Oct 21, 2014

Mesyuarat JKKK Sungai Baharu #desasejahtera




Kegiatan Ekonomi Penduduk Kampung Sungai Baharu

Sektor Perniagaan

Dalam sektor perniagaan, beberapa perniagaan dijalankan oleh penduduk Kampung Sungai Baharu iaitu :


1) Kedai Runcit 
Pengusaha-pengusaha ini menampung keperluan harian secara tunai dan kredit. Kuasa beli oleh penduduk adalah diantara RM 300 hingga RM 500.00. Purata pendapatan bersih pengusaha adalah diantara RM 600 hingga RM 1,000 sebulan

2) Kedai Makan
Kawasan ini sesuai untuk perniagaan kedai / gerai makanan , lebih-lebih lagi memandagkan kawasan Kampung Sungai Baharu berhampiran dengan kawasan pantai atau lebih dikenali dengan nama Ban Pecah dan berpeluang dimajukan sebagai Pusat Pelancongan pada masa akan datang. Purata pendapatan bersih sebulan adalah RM 500 hingga RM 1,000 melalui perniagaan yang dijalankan.

3) Perniagaan Pasar Minggu
Perniagaan pasar minggu memberi peluang pengusaha menjual hasil pertanian dan hasil tangkapan nelayan kampung ini Purata pendapatan bersih adalah diantara RM 500 hingga RM 800 sebulan


4) Kedai Andaman Pengantin
Perniagaan dalam sektor ini diusahakan secara komersial dan bermusim. Perniagaan ini melibatkan penerimaan tempahan bermusim , langsir , cadar serta hiasan set bilik tidur yang diusahan di bengkel sendiri menggunakan kelengkapan dan peralatan moden. Purata pendapatan sebulan adalah RM 1,000 hingga RM 2,000 .



Sektor Pembuatan dan Industri


Dalam Sektor Pembuatan dan Industri Pengusaha-pengusaha menghasilkan produk sendiri dan dijual kepada masyarakat tempatan dan luar.


1) Pengusaha Kuih Tradisional
Perniagaan Industri Kuih Tradisional ini bukan sahaja meliputi masyarakat setempat malah banyak menerima tempahan dari masyarakat luar dan ia banyak membantu pengusaha memperkembangkan lagi perniagaan ini. Purata pendapatan bersih sebulan ialah RM 450 hingga RM 700.


2) Pengusaha Bot Fiberglass
Perniagaan Bot fiberglass dijalankan oleh seorang pengusaha dan merupakan pengusaha pertama dalam menjalankan perniagaan tersebut di kampung ini. Tempahan yang diterima melangkaui dari luar dan ini menunjukkan kemampuan pengusaha tempatan. Purata pendapatan bersih sebulan diantara RM 1,000 hingga RM 20,000.


3) Bengkel Kereta 
Perniagaan ini memberi peluang kepada generasi muda dalam mempertingkatkan kemahiran yang dimiliki dan merupakan sektor yang dapat menarik minat golongan muda mempelajarinya. Dikampung ini terdapat seramai 3 orang pengusaha melakukan perniagaan membaiki motor dan kereta dan purata pendapatan bersih sebulan adalah diantara RM 1,000 hingga RM 2,000








4) Kilang Telur Masin. (perusahan ini berjaya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Sungai Baharu)








5) Kilang membuat Skru  (perusahan ini berjaya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Sungai Baharu)

Sektor Pertanian

Hampir 50 % daripada penduduk kampung ini merupakan golongan petani.Hasil pertanian merupakan penyumbang utama dalam ekonomi penduduk Kampung Sungai Baharu dimana hampir 75 % kawasan kampung adalah dari sektor pertanian iaitu Padi , Kelapa dan Kelapa Sawit, Sayur-sayuran dan Tanaman Kontan. Purata pendapatan bersih bagi semusim adalah diantara RM 1,500 hingga RM 2,000.





Sektor Perikanan

Sektor perikanan merupakan kedua terpenting kerana hampir 25 % kawasan Kampung Sungai Baharu adalah berhampiran laut dan ini juga merupakan hasil pendapatan bagi penduduk dan purata pendapatan bersih adalah diantara RM 300 hingga RM 400.












.

TAKLIMAT KOSPEN OLEH DR ZIKRI DAN PENUBUHAN SUKARELAWAN KOSPEN





TAKLIMAT COMBI OLEH DR. HJH THAHERAH NOR DAN PENUBUHAN SUKARELAWAN COMBI





Oct 20, 2014

Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung Sungai Baharu #desasejahtera

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNG SUNGAI BAHARU


CARTA ORGANISASI JKKK SUNGAI BAHARU



Penangan Gulai Ikan Sembilang Sungai Baharu #desasejahtera



'PENANGAN' KARI IKAN SEMBILAN - Masakan kari ikan sembilang cukup popular bagi penduduk di utara Perak khususnya yang tinggal di sepanjang pesisir pantai dan kuala sungai. Kampung Sungai Baharu umpamanya tidak terkecuali daripada itu dan salah satu lokasi di mana anda boleh mendapatkan kari ikan sembilang 'power' adalah di Kedai Lan Ban Pecah yang terletak di tepi pantai pemecah ombak di Kuala Sungai Burung. 

Kelainan kari ikan sembilang di kedai ini adalah kerana ia menggunakan ikan segar daripada spesies sirip merah dan dimasak menggunakan periuk tembikar bagi mengekalkan aroma daripada resipi tradisi turun temurun pemilik kedai berkenaan, Che Samlan Ismail yang telah mengusahakan kedai makan tersebut sejak 2004. 

Ikan sembilang menjadi menu utama kerana ia merupakan ikan yang menjadi kegemaran utama penduduk di Kuala Kurau. Kelazatan menu kari ikan sembilang kini telah tersebar apabila semakin ramai pengunjung dari Ipoh dan Pulau Pinang sanggup datang menikmati kari ikan sembilang, khususnya pada cuti hujung minggu, apatah lagi pernah disiarkan oleh TV3 dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan. 


Seni Silat Gayong di Kampung Sungai Baharu


SENI MEMPERTAHANKAN DIRI adalah salah satu Seni Budaya Melayu yang masih dipertahankan sehingga ke hari ni. Silat merupakan seni pertahankan diri orang-orang Melayu. Asal usul silat tidak diketahui tetapi seni pertahanan diri ini telah lama diamalkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ada yang mengatakan ilmu silat diperolehi melalui pertapa dan ada yang mengatakannya berasal daripada penelitian keadaan alam sekitar. Hasil daripada penelitian ini lahirlah pelbagai seni silat termasuklah Silat Harimau, Silat Garuda, Silat Lincah dan Silat Gayong.

Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd. Hashim.   Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya, Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula   mewarisi persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Jambi, Sumatera. Silat Seni Gayong ini dipercayai telah   wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Silat Seni   Gayong ini telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka sewaktu mereka menentang serangan penjajah Portugis di bumi Melaka pada tahun 1511

Oleh itu, seorang anak muda yang dikenali sebagai Abdul Wahid bin Ismail pada tahun 2008 telah menubuhkan Persatuan Silat Seni Gayong di Kampung Sungai Baharu ini bertujuan untuk menarik golongan remaja dan belia mempelajari seni silat ini. Kini Silat Seni Gayong sering dipersembahkan di Majlis-majlis Keraian dan Perkahwinan.

Oct 18, 2014

Program Sehari Bersama Pelanggan Jabatan/Agensi Kerajaan Daerah Kerian



Alhamdulillah Majlis Anjuran JKKK Kampung Sungai baru berlangsung dengan jaya hari ini Sabtu, 18Oktober2014. Program Sehari bersama Agensi/Jabatan kerajaan mendapat sambutan menggalakan oleh penduduk setempat dan kawasan-kawasan berhampiran dengan Kampung Sungai Baharu.Kebanyakkan Agensi/Jabatan yang hadir kebanyakkan dari Daerah Kerian.

Program Sehari Bersama Pengguna berjaya mengumpulkan lebih dari 14 Agensi/Jabatan Kerajaan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membolehkan penduduk setempat membuat aduan,rujukan serta khidmat nasihat dari Agensi/Jabatan. Diantaranya Agensi/Jabatan yang hadir untuk program ini adalah seperti Polis DiRaja Malaysia PDRM, Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM, KEMAS, Jabatan Kerja Raya JKR, Agensi Anti Dadah AADK, RELA, Kesihatan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN dan Lain-lain lagi.

Pelbagai Aktiviti lain dirancang bagi memeriahkan lagi Program berkenaan Seperti Ceramah, Pertandingan menjahit manik,pertandingan masakan, peratandingan mewarna Ibu dan anak serta pelbagai lagi acara sampingan.

Semoga berkat usaha JKKK Kampung Sungai Baharu untk cuba membawa turun Agensi/Jabatan Kerajaan ini memberikan faedah kepada Penduduk Kampung Sungai Baharu Khasnya. diharapkan lebih banyak lagi aktiviti seperti ini dapat di anjurkan dan dijanlakan, Program ini boleh dijadikan acara tahunan dan lebih banyak lagi agensi kerajaan dan swasta dapat

Booth JPS

Booth Perikanan

Booth Kesihatan

Booth Pejabat Tanah

Booth Pemadam & SPR

Kospen



Pertandingan Menjahit manik




Booth PDRM





Penerangan mengenai bahaya denggi

Booth Lembaga Air Perak


Booth RELA


Pertandingan Membuat Tempe Pisang




Booth Zakat

Booth AADK


Booth Pertanian

Booth MARA





Booth TEKUN