Sektor Perniagaan
Dalam sektor perniagaan, beberapa perniagaan dijalankan oleh penduduk Kampung Sungai Baharu iaitu :
1) Kedai Runcit
Pengusaha-pengusaha ini menampung keperluan harian secara tunai dan kredit. Kuasa beli oleh penduduk adalah diantara RM
300 hingga RM
500.00. Purata pendapatan bersih pengusaha adalah diantara RM
600 hingga RM
1,000 sebulan
2) Kedai Makan
Kawasan ini sesuai untuk perniagaan kedai / gerai makanan , lebih-lebih lagi memandagkan kawasan Kampung Sungai Baharu berhampiran dengan kawasan pantai atau lebih dikenali dengan nama Ban Pecah dan berpeluang dimajukan sebagai Pusat Pelancongan pada masa akan datang. Purata pendapatan bersih sebulan adalah RM 500 hingga RM 1,000 melalui perniagaan yang dijalankan.
3) Perniagaan Pasar Minggu
Perniagaan pasar minggu memberi peluang pengusaha menjual hasil pertanian dan hasil tangkapan nelayan kampung ini Purata pendapatan bersih adalah diantara RM 500 hingga RM 800 sebulan
4) Kedai Andaman Pengantin
Perniagaan dalam sektor ini diusahakan secara komersial dan bermusim. Perniagaan ini melibatkan penerimaan tempahan bermusim , langsir , cadar serta hiasan set bilik tidur yang diusahan di bengkel sendiri menggunakan kelengkapan dan peralatan moden. Purata pendapatan sebulan adalah RM 1,000 hingga RM 2,000 .
Sektor Pembuatan dan Industri
Dalam Sektor Pembuatan dan Industri Pengusaha-pengusaha menghasilkan produk sendiri dan dijual kepada masyarakat tempatan dan luar.
1) Pengusaha Kuih Tradisional
Perniagaan Industri Kuih Tradisional ini bukan sahaja meliputi masyarakat setempat malah banyak menerima tempahan dari masyarakat luar dan ia banyak membantu pengusaha memperkembangkan lagi perniagaan ini. Purata pendapatan bersih sebulan ialah RM 450 hingga RM 700.
2) Pengusaha Bot Fiberglass
Perniagaan Bot fiberglass dijalankan oleh seorang pengusaha dan merupakan pengusaha pertama dalam menjalankan perniagaan tersebut di kampung ini. Tempahan yang diterima melangkaui dari luar dan ini menunjukkan kemampuan pengusaha tempatan. Purata pendapatan bersih sebulan diantara RM 1,000 hingga RM 20,000.
3) Bengkel Kereta
Perniagaan ini memberi peluang kepada generasi muda dalam mempertingkatkan kemahiran yang dimiliki dan merupakan sektor yang dapat menarik minat golongan muda mempelajarinya. Dikampung ini terdapat seramai 3 orang pengusaha melakukan perniagaan membaiki motor dan kereta dan purata pendapatan bersih sebulan adalah diantara RM 1,000 hingga RM 2,000
4) Kilang Telur Masin. (perusahan ini berjaya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Sungai Baharu)
5) Kilang membuat Skru (perusahan ini berjaya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Sungai Baharu)
Sektor Pertanian
Hampir 50 % daripada penduduk kampung ini merupakan golongan petani.Hasil pertanian merupakan penyumbang utama dalam ekonomi penduduk Kampung Sungai Baharu dimana hampir 75 % kawasan kampung adalah dari sektor pertanian iaitu Padi , Kelapa dan Kelapa Sawit, Sayur-sayuran dan Tanaman Kontan. Purata pendapatan bersih bagi semusim adalah diantara RM 1,500 hingga RM 2,000.
Sektor Perikanan
Sektor perikanan merupakan kedua terpenting kerana hampir 25 % kawasan Kampung Sungai Baharu adalah berhampiran laut dan ini juga merupakan hasil pendapatan bagi penduduk dan purata pendapatan bersih adalah diantara RM 300 hingga RM 400.
.
No comments:
Post a Comment