Kampung Sungai Baharu merupakan salah sebuah kampung Di Daerah Kerian. Ianya terletak di Mukim Tanjung Piandang,Perak. Kampung Sungai Baharu juga erupakan sebuah kampung yang unik kerana memiliki tanah yang subur yakni bukan sahaja dari segi pertanian malah bumi Sungai Baharu kaya dengan hasil laut. Ini kerana struktur geografi kampung Sungai Baharu itu sendiri berhampiran dengan laut. Ini membolehkan majoriti penduduknya melakukan aktiviti pertanian dan juga menangkap ikan.
Secara Lisannya, Sejarah pembukaan Kampung Sungai Baharu mula diteroka dan diduduki oleh Tuan Haji Daud bin Haji Shamsuddin yang di percayai berasal dari Sungai Burung. Ianya diterokai sekitar tahun 1936 dan mula diduduki oleh orang ramai. Disebabkan Kampung ini mempunyai tanah yang subur dan orang semakin ramai berhijrah di kampung ini timbul permasalahan saliran air parit yang baik untuk pertanian.Maka penduduk kampung ini sepakat dan berkerjasama untuk menggali sebuah sungai unutk dijadikan sebagai satu saliran bagi mengalirkan air dari muara untuk disalirkan bagi kegunaan pertanian.
Menurut sumber lisan oleh orang terdahulu, kerja-kerja menggali sungai berkenaan di buat tanpa mengunakan sebarang alatan tetapi dengan hanya menggunakan tangan. Proses penggalian Sungai berkenaan hasil kesepakatan penduduk kampung tanpa mengenal penat lelah penduduk kampung maka terhasil nya sebatang anak sungai. Hasil kesepakatan masyarakat setempat, mereka sepakat menamakan kampung ini sebagai "Kampung Sungai Baharu" bagi memperingati semagat kerjasama yang di tonjolkan.
No comments:
Post a Comment