Oct 20, 2014

Penangan Gulai Ikan Sembilang Sungai Baharu #desasejahtera



'PENANGAN' KARI IKAN SEMBILAN - Masakan kari ikan sembilang cukup popular bagi penduduk di utara Perak khususnya yang tinggal di sepanjang pesisir pantai dan kuala sungai. Kampung Sungai Baharu umpamanya tidak terkecuali daripada itu dan salah satu lokasi di mana anda boleh mendapatkan kari ikan sembilang 'power' adalah di Kedai Lan Ban Pecah yang terletak di tepi pantai pemecah ombak di Kuala Sungai Burung. 

Kelainan kari ikan sembilang di kedai ini adalah kerana ia menggunakan ikan segar daripada spesies sirip merah dan dimasak menggunakan periuk tembikar bagi mengekalkan aroma daripada resipi tradisi turun temurun pemilik kedai berkenaan, Che Samlan Ismail yang telah mengusahakan kedai makan tersebut sejak 2004. 

Ikan sembilang menjadi menu utama kerana ia merupakan ikan yang menjadi kegemaran utama penduduk di Kuala Kurau. Kelazatan menu kari ikan sembilang kini telah tersebar apabila semakin ramai pengunjung dari Ipoh dan Pulau Pinang sanggup datang menikmati kari ikan sembilang, khususnya pada cuti hujung minggu, apatah lagi pernah disiarkan oleh TV3 dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan. 


No comments:

Post a Comment