Dec 3, 2014

CARA MEMOHON BR1M 2015 SECARA ONLINE


2015! CARA MEMOHON BR1M SECARA ONLINE I Sukacita untuk warganegara Malaysia bahawa permohonan BR1M 2015 akan dibuka pada 1 Disember 2014 bersamaan hari Isnin. Bagi mereka yang layak untuk memohon dikehendaki mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara online atau mengisi borang secara manual dan tiada bayaran dikenakan.

Permohonan secara online akan dibuka bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Selain itu, kepada yang pernah mengisi borang BR1M sebelum ini, tidak perlu lagi mengisi semula borang tersebut. Anda perlu kemas kini maklumat anda di SINI. 

ANTARA SYARAT-SYARAT LAYAK BERMOHON BR1M 2015
– Warganegara Malaysia
– Berumur 21 tahun dan ke atas
– Isi rumah berpendapatan RM 3000 dan kebawah
– Isi rumah berpendapatan RM 3000 hingga RM 4000
– Individu bujang 21 tahun ke atas yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM 2000 dan ke bawah

KADAR BAYARAN BR1M 2015
1) Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM 3000 : RM950
– Dibayar secara ansuran iaitu pada bulan Januari ( RM 300), Mei (RM300), dan September (RM350)

2) Pendapatan Isi Rumah RM 3000 – RM 4000 : RM750
– Dibayar secara ansuran iaitu pada bulan Januari (RM200) , Mei (RM200), dan September (RM350)

3) Individu Bujang 21 Tahun dan Ke Atas, dan berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan:RM350
– Bayaran akan dibuat sekali gus pada bulan Januari 2015


BONUS SKIM KHAIRAT KEMATIAN
1) Diberikan kepada waris penerima BR1M 2015 kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015.
2) Maklumat waris perlu didaftar secara online atau manual (Borang).
3) Hubungan waris dengan pemohon BR1M 2015 adalah terhad kepada suami / isteri / ibu / bapa/ anak sahaja.

No comments:

Post a Comment