Dec 9, 2014

Perjalanan menuju ke kampung #sgbaharu


Dokumentari Kampung #Sgbaharu #ADS1M




Dokumentari Khas mengenai Kampung Sungai Baharu, Tanjong Piandang, Perak. Dokumentari ini menyetuh perihal sejarah asal usul Kampung Sungai Baharu. Selain itu Dokumentari ini juga menceritakan mengenai  tokoh kemerdekaan kampung ini dan juga suasana persekitaran kampung.

Tragedi Tsunami 2004 juga di dokumentasikan agar generasi akan datang mengingati sejarah mengenai tragedi ini yang pernah melanda Ban Pecah sehingga megorbankan dua orang mangsa. diharapkan dengan penerbitan dokumentari ini sedikit sebanyak membantu warga kampung ini.












Dec 5, 2014

Tarikh Penting Dan FAQ Permohonan UPU Sesi 2015/ 2016

Tarikh penting dan FAQ permohonan UPU Sesi 2015/ 2016. Berikut disertakan tarikh-tarikh penting UPU sesi kemasukan 2015/ 2016 untuk panduan pemohon semua

Jualan Unik ID BSN Dibuka
Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015

Sistem Permohonan UPU Dibuka
Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 12 tengah malam

Link Borang Permohonan UPU 

http://upu.moe.gov.my/web/

Berikut disertakan informasi berkenaan soalan-soalan lazim UPU yang dipetik dari laman web UPU

Dec 4, 2014

Karnival Mesra Jelajah Ilmu #sgbaharu #ADS1M


Karnival Mesra Jelajah Ilmu


9 Disember 2014


5.00 Ptg -12.00 Tgh mlm

-Tazkirah Maghrib
-Persembahan Kanak-kanak Tabika (Selawat)
-Ya Hanana
-Malam Patriotik
-Supa Dupa
-Gerai jualan

10 Disember 2014


7.00 Pagi - 6.00 Petang

-Gerai Jualan 
-Pertandingan Chef Cilik
-Pertunjukan Ular
-Permainan Tradisional
-Pertandingan Sukan Rakyat
-Penampilan khas RobotMan
-Pertandingan Imam muda cilik
-Pertandingan Kolaj
-Pameran buku-buku terpakai
-Sambutan Majlis Berkhatan Beramai-ramai



Dec 3, 2014

CARA MEMOHON BR1M 2015 SECARA ONLINE


2015! CARA MEMOHON BR1M SECARA ONLINE I Sukacita untuk warganegara Malaysia bahawa permohonan BR1M 2015 akan dibuka pada 1 Disember 2014 bersamaan hari Isnin. Bagi mereka yang layak untuk memohon dikehendaki mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara online atau mengisi borang secara manual dan tiada bayaran dikenakan.

Permohonan secara online akan dibuka bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Selain itu, kepada yang pernah mengisi borang BR1M sebelum ini, tidak perlu lagi mengisi semula borang tersebut. Anda perlu kemas kini maklumat anda di SINI. 

ANTARA SYARAT-SYARAT LAYAK BERMOHON BR1M 2015
– Warganegara Malaysia
– Berumur 21 tahun dan ke atas
– Isi rumah berpendapatan RM 3000 dan kebawah
– Isi rumah berpendapatan RM 3000 hingga RM 4000
– Individu bujang 21 tahun ke atas yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM 2000 dan ke bawah

KADAR BAYARAN BR1M 2015
1) Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM 3000 : RM950
– Dibayar secara ansuran iaitu pada bulan Januari ( RM 300), Mei (RM300), dan September (RM350)

2) Pendapatan Isi Rumah RM 3000 – RM 4000 : RM750
– Dibayar secara ansuran iaitu pada bulan Januari (RM200) , Mei (RM200), dan September (RM350)

3) Individu Bujang 21 Tahun dan Ke Atas, dan berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan:RM350
– Bayaran akan dibuat sekali gus pada bulan Januari 2015

Dec 2, 2014

Lagu Kampung Sungai Baharu








Sungai Baharu Indahnya Kampungku
Indahnya Alam Pepohon menghijau
Suasana Nyaman Terasa
Sungai Baharu Amanya Kampungku
Hiduplah kita Rukun Dan Makmur

Bersama Bersatu Budaya Hidup Kami
Yang Muda Dan Juga Yang Lama
Saling Menghormati Tak Kira Bangsa
Menjadi Keazaman Berikrar Dan Berjanji
Untuk Kecemerlangan Demi Masa Depan

Nelayan dan juga petani
sektor Pengilangan Dan Sektor Perkhidmatan
Berganding Bahu Mencipta Kejayaan
Kampungku Engkau Dihatiku
Menarik Perhatian Mata Yang Memandang
Semuanya Anugerah DariMu Tuhan

Dikampungku menjadi Aspirasi
Dikampungku menjadi Aspirasi