Oct 17, 2014

PANTAI BAN PECAH


Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai "Pantai Rock" oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian. Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung  Piandang, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. Kepada kaki pancing, Pantai Ban Pecah adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Siakap, pari dan juga Semilang merupakan buruan anda disini.

Lokasi Pantai Ban Pecah



PANTAI BAN PECAH yang terletak di kawasan Sungai Baharu dan merupakan sebuah kawasan istirehat yang terkenal di kalangan penduduk setempat. Kehalusan pantai serta airnya yang biru menjadi daya tarikan utama kepada pengunjung. Pantai Ban Pecah yang berada di laluan Selat Melaka sangat popular di kalangan kaki pancing. Sebuah pelantar memancing telah dibina khas untuk mereka berteduh dari terik matahari. Bot-bot nelayan yang banyak berlabuh di sekitar Pantai Ban Pecah menandakan bahawa aktiviti menangkap ikan turut dijalankan di sini. Antara jenis-jenis ikan yang boleh di dapati di Pantai Ban Pecah ialah ikan ketuka, ikan belukang dan ikan sembilang.




No comments:

Post a Comment